BISNES ONLINE

Bisnes Online & Affiliate Marketing
Menu
  • PANDUAN
  • BISNES
  • AFFILIATE
  • CONTACT ME
Home
Affiliate
Cara Daftar TikTok Affiliate Malaysia (Login)
Affiliate

Cara Daftar TikTok Affiliate Malaysia (Login)

Admin 09/04/2023

Cara Daftar TikTok Affiliate Malaysia (Login). Nak buat duit dengan TikTok Affiliate? Panduan buat anda yang ingin menjana duit sampingan dalam online. Tahu tak anda platform sosial media seperti TikTok bukan sahaja medium hiburan semata-mata tetapi kini anda boleh berniaga di TikTok Shop. Tetapi bagaimana pula mereka yang tak ada produk untuk dijual? Sebenarnya, anda tidak perlu simpan stok produk kerana anda hanya hasilkan konten yang bersesuai dan dapatkan komisen dengan menjadi affiliate di TikTok Shop.

Cara Daftar TikTok Affiliate Malaysia (Login)

TikTok telah memperkenalkan satu feature terbaru iaitu TikTok Shop merupakan platform untuk pengguna shopping pelbagai barangan, di samping turut memberikan lebih banyak peluang kepada peniaga untuk membuat pengiklanan serta menjana trafik jualan.

Cara Daftar TikTok Affiliate Malaysia (Login)

Berikut adalah maklumat tentang pendaftaran TikTok Affiliate termasuk memaparkan kelebihan, daftar dan cara promosi produk:

Kelebihan TikTok Affiliate

Antara kelebihan menjadi TikTok Affiliate seperti berikut;

  1. Tidak perlu keluarkan sebarang modal untuk mulakan bisnes.
  2. Tidak perlu pegang stok barangan atau produk, hanya promosikan link produk di TikTok Shop anda.
  3. Tidak perlu membuat pengeposan atau kiriman barangan kepada buyer.
  4. Menerima komisen mengikut peratusan bergantung pada produk iaitu 10%, 20% atau 50%.

Cara Daftar TikTok Shop

Sebelum mendaftar sebagai TikTok Affiliate, anda perlu mendaftar TikTok Shop terlebih dahulu seperti berikut;

Bagi Akaun Lebih 1,000 Followers

  1. Masuk ke aplikasi TikTok, pergi ke akaun.
  2. Pilih ‘Creator tools’.
  3. Seterusnya, tekan TikTok Shop.

Bagi Akaun Kurang 1,000 Followers

  1. Layari ke pautan https://seller-my.tiktok.com/account/register.
  2. Masukkan nombor telefon, alamat e-mel dan kata laluan.
  3. Seterusnya, anda perlu pilih sama ada mendaftar secara individu (Individual) atau syarikat (Corporate).
  4. Anda perlu menunggu emel sebagai tanda pengesahan dalam masa 24 jam.

Cara Masukkan Produk Ke TikTok Shop

  1. Untuk masukkan produk ke dalam TikTok Shop, klik “add products” dan pilih produk yang nak dipromosikan.
  2. Tekan “Add the Product” untuk masukkan produk ke dalam TikTok Shop anda.
  3. Setelah tambah produk yang diinginkan, tekan pada butang “Post”.
  4. Akhir sekali, anda perlu membuat konten yang menarik untuk mempromosikan produk yang anda pilih.

Dapatkan Panduan Berniaga Di TikTok Shop!

Cara Daftar TikTok Affiliate Malaysia (Login)

Berita baik buat anda sebenarnya kini diperkenalkan satu video tutorial berkaitan cara berniaga di TikTok Shop. Dalam video tutorial ini anda akan diajar beberapa langkah daripada buka akaun Tiktok Shop sehingga menjana pendapatan 4 atau 5 angka sebulan.

Nak dapatkan tutorial video ini sila klik pada butang ‘Dapatkan Sekarang’ di bawah;

DAPATKAN SEKARANG

Selamat mulakan berniaga di TikTok Shop sebagai affiliater!

BACA JUGA: Cara Bisnes Di TikTok Shop Tanpa Modal

Share
Tweet
Email
Pinterest
Prev Article

Related Articles

Cara Buat Duit Dengan Involve Asia Affiliate 2023 (Registration). Nak …

Cara Buat Duit Dengan Involve Asia Affiliate 2023 (Registration)

Leave a Reply

Cancel reply

SPONSOR







BISNES ONLINE

Bisnes Online & Affiliate Marketing

ABOUT US

Sifubisnes merupakan satu portal tentang bisnes online dan affiliate marketing.

ARTIKEL TERBARU

  • Koleksi Baju Kurung Batik Terbaik Dan Murah 2023
  • Cara Daftar TikTok Affiliate Malaysia (Login)
  • Panduan Berniaga Di TikTok Shop Tanpa Modal
  • Koleksi Tudung Bawal Satin 2023 (Printed, Matte, Silk, Bubble)
Copyright © 2025 BISNES ONLINE
Theme by MyThemeShop.com